Monday, November 9, 2009

KENYATAN MEDIA GERAK: GERAK SOKONG SPRM TUBUHPASUKAN KHAS PANTAU PERUNTUKAN

Sent via BlackBerry from Maxis


From: mohd nazree mohd yunus <mohdnazree_mohdyunus@yahoo.com>
Date: Mon, 9 Nov 2009 01:42:10 -0800 (PST)
To: Gerak Malaysia<gerakpusat@googlegroups.com>; Sayuti Omar<msomelayu@yahoo.com>; roslan bian agendaily<lanbian@pd.jaring.my>; ANUAR mohd nor<anuarmohdnor@yahoo.com>; najib pmu<bentayan08@gmail.com>; <jimadie@malaysiakini.com>; ukp group<ukp@yahoogroups.com>
Cc: <bbnews@bharian.com.my>; <bentayan08@gmail.com>; <bh@bharian.com.my>; <bhnews@bharian.com.my>; <bhnews@nstp.com.my>; <buletinrakyat@gmail.com>; <editor@malaysia-today.net>; <editor@malaysiakini.com>; <editor1@umno-reform.com>; <editorsiasah@gmail.com>; <editorsuarabaru@gmail.com>; <emediabh@bharian.com.my>; <harakahdaily@gmail.com>; <laila@sinarharian.com.my>; <lampp@guangming.com.my>; <lihyi@malaysiakini.com>; <msomelayu@yahoo.com>; <muda@malaysiakini.com>; <nash@malaysiakini.com>; <news@nst.com.my>; <news@nstp.com.my>; <news@orientaldaily.com.my>; <newsdesk@thesundaily.com>; <pathma29@malaysiakini.com>; <pengarang@utusan.com.my>
Subject: [gerakpusat:152] KENYATAN MEDIA GERAK: GERAK SOKONG SPRM TUBUH PASUKAN KHAS PANTAU PERUNTUKAN

KENYATAAN MEDIA GERAK MALAYSIA

9 NOV 2009

GERAK SOKONG SPRM TUBUH PASUKAN KHAS PANTAU PERUNTUKAN

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK Malaysia) menyokong penuh langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM untuk menubuhkan pasukan khas bagi mengkaji perbelanjaan peruntukan ADUN dan Ahli Parlimen. Tindakan ini penting bagi mengelakkan para ADUN dan Ahli Parlimen terjerumus ke dalam kancah jenayah rasuah yang kadangkala sukar untuk dikenalpasti. Pasukan khas ini perlu ditubuhkan disetiap DUN dan kawasan Parlimen. Keanggotaan ahlinya juga boleh diambil daripada tokoh-tokoh anggota masyarakat termasuk NGO-NGO selain daripada pegawai-pegawai SPRM sendiri. Perkara ini penting bagi menjamin pemantauan menyeluruh dan melibatkan masyarakat secara holistik. Individu-individu yang mempunyai kredibiliti dalam bidang pengauditan dan undang-undang juga boleh dipanggil untuk membantu pasukan khas SPRM ini.

Gerak berpandangan gejala salahguna peruntukan DUN dan Kawasan Parlimen ini berlaku akibat kegagalan badan penguatkuasa untuk mengekang rasuah dalam bentuk transaktif (transactive corruptions) iaitu wujud bentuk-bentuk kesepakatan timbal balik antara pihak pemberi dengan penerima dan dengan aktif diusahakan sehingga tercapai keuntungan oleh kedua-dua pihak. Kadang kala terdapat kontraktor yang menawarkan timbal balik balasan secara tidak munasabah kepada ADUN atau Ahli Parlimen bagi peruntukan tertentu yang diberikan kepada mereka yang akhirnya boleh menyebabkan rasuah, pecah amanah dan salahguna kuasa berlaku. Pasukan khas SPRM akan dapat memainkan fungsinya secara optimum jika keseluruhan masyarakat diberikan kesedaran tentang pendidikan integriti. Oleh yang demikian maka amat wajar untuk Unit Pendidikan Masyarakat SPRM bekerjasama dengan anggota masyarakat disamping ADUN dan Ahli Parlimen dalam memastikan keberkesanan pendidikan anti rasuah tersebut.

Masyarakat juga perlu diberikan pendedahan lebih meluas tentang bahaya rasuah dan fungsi SPRM itu sendiri. Kadang-kala kelewatan SPRM memberikan respond terhadap laporan oleh pengadu walaupun sudah ada garis panduan yang ditetapkan oleh SPRM sendiri akan menyebabkan SPRM hilang kredibiliti pada pandangan rakyat. Dalam perkembangan terkini, Gerak Malaysia juga menyambut baik pendakwaan yang melibatkan kepimpinan politik tanpa mengira parti yang telah dilakukan oleh SPRM pada minggu lalu. Sikap dan ketegasan SPRM yang seumpama ini wajar diteruskan tanpa prejudis. Masyarakat harus memberikan sokongan terhadap SPRM dengan menjadi mata dan telinganya. Kita tidak mahu apa yang berlaku di Indonesia melibatkan Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) telah sengaja dicalarkan imejnya dengan konspirasi tertentu untuk menjatuhkan reputasi badan pencegahan rasuah itu. Gerak menegaskan bahawa SPRM perlu didukung oleh individu-individu yang bersih dan berintegriti. Penubuhan Mahkamah Khas Rasuah perlu disegerakan dan harus mendapat perhatian seluruh ahli Parlimen Malaysia.

MOHD NAZREE MOHD YUNUS

Pengerusi GERAK Malaysia.

........................................................

Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi

Tel/Fax: 066751513.



--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Gerak Pusat" group.
To post to this group, send email to gerakpusat@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to gerakpusat+unsubscribe@googlegroups.com
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/gerakpusat?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

No comments:

Post a Comment