Sunday, May 24, 2009

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pagi Ahad telah memulangan kereta rasmi Menteri Besar ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Sejak dititahkan meletakkan jawatan pada 5 Februari lalu oleh Sultan Perak, Nizar tetap menggunakan kenderaan rasmi tersebut sebagi simbol bahawa beliau masih Menteri Besar yang sah. Setelah membawa kes tersebut ke mahkamah bagi mendapat perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar yang sah, Nizar masih terus menggunakan kenderaan tersebut. Namun apabila Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar yang sah, akhirnya Nizar memulangkan kereta tersebut. Pembantunya yang dikenali sebagai Amran ketika dihubungi mengesahkan kereta tersebut telah pun dipulangkan. "Kaedahnya senang. Sebelum mereka (pihak SUK) hantar surat, pihak kami pun tak sabar-sabar nak tunggu hari Isnin, jadi kami hantar hari ini," katanya. - 24/5/2009
agendadaily.com

No comments:

Post a Comment